Seorang remaja maut dan 3 cedera dalam tembakan selepas majlis graduasi di California

Seorang remaja terbunuh dan tiga orang cedera dalam tembakan selepas majlis graduasi sekolah menengah California AS pada petang Rabu, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Tembakan itu berlaku di tempat letak kereta sebuah sekolah menengah di California Utara, menurut Xinhua memetik laporan CBS, memetik jurucakap polis tempatan.