Jumlah kematian akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman di bandar Fez di utara Maghribi meningkat kepada 15 orang, menurut berita Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MAP pada Jumaat.
Bangunan enam tingkat yang menempatkan 11 pangsapuri, lapan daripadanya diduduki, runtuh awal Khamis di kawasan kejiranan Ain Nokbi yang padat penduduk, selatan bandar, menurut Xinhua memetik laporan agensi itu.
Pasukan penyelamat menemui 13 mayat dari runtuhan, manakala dua lagi mangsa kemudiannya meninggal dunia selepas dipindahkan ke hospital tempatan.
