serangan

  • Tentera Israel meneruskan serangan di Tyre Lubnan, landa kawasan sekitar hospital

    Tentera Israel meneruskan serangan di wilayah bersejarah Tyre di selatan Lubnan dari udara dan darat, menurut berita Al Jazeera.

    Menurut Al Jazeera, Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan melaporkan pesawat perang Israel melancarkan empat peluru berpandu yang menyerang dekat Hospital Jabal Amel di Tyre.

    Serangan baharu itu berlaku beberapa hari selepas satu lagi serangan di seberang jalan dari hospital itu mengorbankan empat orang dan menyebabkan “kerosakan teruk” pada bangunan hospital, lapor Al Jazeera.

    Bedilan artileri juga dilaporkan pada masa yang sama di pekan Deir Amas di daerah Tyre, menurut Al Jazeera memetik NNA.